Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 6
Pukul 11 pagi di hari Sabtu. Puan Zarine sedang menikmati brunch di balkoni belakang banglo dua tingkat di kawasan Bangsar. Sambil menikmati hidangan, dia bercakap di telefon. Aizel pula, bosan duduk mendengar keletah mamanya terus menuju ke arah kolam renang.
Singlet yang menutupi tubuh ditanggalkan, menampakkan tubuh seorang remaja lelaki yang tegap dengan dada yang bidang, bicep yang terbentuk dan yang penting, six packs itu. Dengan hanya mengenakan bermuda, Aizel terjun ke dalam kolam dan mula berenang. Lazimnya, inilah yang akan dilakukannya setiap pagi di hujung minggu. Mula-mula ke ruang gym rumah itu dan kemudian, terjun ke dalam kolam renang.
Usai berenang, Aizel duduk di pinggir kolam. Tubuhnya merenik dibasahi air klorin. Pipinya pula kemerahan apabila dipancar matahari pagi. “Izaac, mama tak ada kat rumah for lunch. Would you like me to tell Betty to cook something for you?” ujar Puan Zarine.
“Daddy mana?”
“Dia travelling, sayang. Seems like there’s something that needs to be settled at the branch in Singapore,” jelas Puan Zarine pada anaknya yang satu itu. Aizel angguk tanda faham. Dia tahu, sebagai pemilik syarikat perkapalan, Tuan Morshidi tidak akan dapat hanya berada di satu tempat pada setiap masa.
Itupun syukur Aizel dapat merasa tinggal di bumi kelahirannya setelah menetap di Australia sejak berumur lima tahun. Saat dia hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, dia pun berpindah ke Malaysia. Hanya tinggal abangnya Azier di Australia yang sedang menuntut di universiti.
“Um, I’m going out for lunch. Tak perlulah Betty sediakan apa-apa,” ucap Aizel akhirnya, mengingati temu janjinya bersama Tatiana Analiselle.
~
Pukul 1.50 petang lagi BMW X5 hitam sudah berada di hadapan banglo dua tingkat setengah di Mont’ Kiara. Buzzer di gate utama ditekan. “Who is it?” ujar suatu suara dari speaker buzzer itu. “Err...Aizel here. For Tia,” ucapnya pendek. Seketika kemudian, gate terbuka secara otomatis dan BMW X5 meluncur masuk.
“You’re early,” ucap Tia yang menuruni tangga. Aizel memerhati Tia yang kelihatan simple dengan rambut yang diikat satu, seluar separas luut dan tank top olive green. Comel! “Well, kalau lambat ada orang marah,” balas Aizel. Tia tersenyum. Pantas beg oversize Mango miliknya disandang dan kaca mata hitam Prada diletakkan di kepala. Flats Chanel fuchsia dikenakan.
“Dah, siap!” ucapnya ceria. Aizel tersenyum melihat Tia yang sedang berdiri di hadapannya. “Alright. Jom,” tangan Tia diraih dalam luar sedar ke arah keretanya sebelum kereta itu meluncur laju menuju pusat bandar. Akhirnya mereka sampai di sebuah restoran yang menghidangkan makanan organik.
“Organic food Aiz? Jeez...I didn’t know you were THAT conscious,” usik Tia saat mengambil tempat duduk. Aizel sekadar tersenyum.
“Kalau tak, where do you think I get this kind of body?” usik Aizel sambil meraba-raba perutnya. Tia tertawa besar. Perasannya.
“Lagipun, it’s something different kan? Bukan selalu dapat makan makanan organik ni,” sambung Aizel lagi. Tia mengangguk tanda setuju. Menu dibuka dan dibaca satu persatu. Lantas, pesanan dibuat. Sedang menunggu pesanan, mereka berbual mesra. Sedang berbual, telefon bimbit Dopod milik Aizel tiba-tiba berbunyi. “Err...sorry. I have to take this,” ucapnya sebelum bangkit dan menuju ke suatu sudut. Tia sekadar mengangguk.
Sempat pula Tia memerhati penampilan jejaka idaman BRP High itu. Walaupun simple dengan jeans biru Levi’s, t-shirt putih label yang sama dan sneaker putih Adidas tersarug di kaki, Aizel tetap kelihatan kacak dan menawan. Sekilas pandang macam model pun ada! Apatah lagi dengan sepasang kacak mata hitam Hugo tersangkut di batang hidung dan cap hitam yang menutupi rambut coklat keemasan itu, terserlah betapa oh so kacaknya Aizel.
Lamunan Tia termati saat makanan dihidangkan. Serentak dengan itu, Aizel turut melangkah kembali, mengambil tempat duduknya.
“Do you, by any chance know anyone by the name of Saira?” tanya Aizel tiba-tiba setelah beberapa minit berlalu. Tia yang sedang menikmati hidangannya, mengunyah perlahan. Cuba mencari dalam kotak memorinya siapa Saira yang dimaksudkan.
“Urm, you mean budak Arab yang pindah sini dulu tu?” ujar Tia setelah seketika. Aizel angguk. Kenapa dengan dia? Kan dah pindah ke mana tah tahun lepas?” sambung Tia lagi. Aizel angguk lagi. “Kenapa?” tanya Tia lagi setelah pertanyaannya tidak bersambut. “Dia call tadi,” jawab Aizel lalu menyuapkan lagi burger ke dalam mulut. Tia mengerutkan dahi. So, what?
“Jadi, apa kena mengena dia call atau tidak?”
Aizel terpempan. Setahunya, seluruh BRP High tahu ordeal dirinya dan Saira, gadis berketurunan Arab yang berpindah ke situ.
“Are you just faking it, atau awak memang tak tahu?” tanya Aizel, inginkan kepastian. Tia menggeleng, mengisyaratkan dia sememangnya tidak tahu sedikitpun apa yang dimaksudkan Aizel. Aizel menghembuskan nafas.
“Saira and I used to be an item,” ucap Aizel perlahan setelah seketika. Tia yang sedang tunduk melihat makanannya pantas mengangkat wajah. Matanya bulat merenung Aizel bagaikan tidak percaya.
“So, you two broke off because she left? Or...are you still with her? Long distance relationship just that budak BRP tak tau?” tanya Tia bertalu-talu. Tiba-tiba Aizel tertawa besar.
“Aiz! Saya serius la. Bagitau la wei!” paksa Tia. Tidak puas hati dengan teletah Aizel yang mentertawakannya.
“I’m single. No strings attached at all! Dan untuk pengetahuan awak, Cik Tatiana, we broke up sebab dia jumpa anak tauke minyak and had an affair with him,” jawab Aizel akhirnya. Sekali lagi Tia terkejut dengan statement Aizel itu.
Hairan, walaupun dengan Aizel yang kacak dan bagaikan tiada cacat cela itu, Saira masih berlaku curang. Tamak dan bodoh! Rugilah kau Saira...
“So, macam mana pulak the infamous single Tia Tarmizi?” sambung Aizel. Tia terdiam sejenak. Belum bersedia untuk membuka pekung di dada. Dengan rakan karibnya pun dia jarang bercerita, apatah lagi dengan Aizel yang baru sahaja dikenali.
“Hey...Tia?” tanya Aizel lagi seraya melambai-lambaikan tangan di hadapan wajah Tia, mematikan lamunan gadis kacukan Filipina itu. “It’s okay kalau awak tak nak cerita pun. Saya tak kisah. Let bygones be bygones kan?” sambung Aizel lantas melemparkan senyuman. Senyuman itu dibalas Tia.
“Just say that I have some issues on love,” jawab Tia ringkas.
“Tak jealous atau teringin ke nak ada teman macam Fyns dan Aviana tu?”
Tia geleng. “If they’re happy, I’m happy. Lagipun, I’m not ready to deal with all those kind of things yet.”
“Wanna give it a try?” ucap Aizel. Keningnya dijungkitkan.
Tia terserdak. “What?!”
Sekali lagi Aizel tertawa. Kali ini terbahak-bahak. Buruk sungguh punya akhlak! “Gurau ajelah!”
~
“We broke up,” lemah suara rakan karibnya di hujung talian. Tia yang sedang duduk di hadapan laptop Macbook Airnya terkejut. “What? Why? Who broke it off?” tanya Tia bertalu-talu. Man, is she impatient or what?
“It’s just not working out Tia. Both of us knew. We decided it,” terang Fyns. Tia mengeluh. Hal sebeginilah menyebabkan dia tidak mahu menjebakkan diri dalam permainan cinta. Karang sendiri sakit, siapa nak tanggung?
“Do you want me to come over?” tanya Tia seraya menjeling jam. Baru pukul 7.30 malam. Masih awal. Dia pun baru sahaja balik pada pukul 6 tadi. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, dia sudah diasak pelbagai soalan dari Tania Busybody.
Nickname baru ke? Definitely.
Usai berbual, Tia mengalih perhatian pada page DingIt untuk melihat isi daftar yang terbaru. Seperti biasa, mesej, fan request dan komen yang terbaru.
NEW UPLOADED PHOTOS!
Photo Album|Thumbnail|Slideshow
Approve Photo|Reject Photo
Uploaded by Aizel Izaac
Tia tertawa kecil saat melihat gambar yang diambil Aizel tadi sewaktu menikmati aiskrim di Baskin and Robbins. Usai makan tengah hari, mereka mengambil keputusan untuk berjalan di sekitar The Curve. Ditekan butang approve.
AIZEL IZAAC’S COMMENTS
Got the pic! Thnx 4 the gr8 afternoon.
Bila next tennis session? Cant wait tggu org tu belanja mkn lg!
This time, no more organic food k?
Please oh please =p
Love,
Tia
Add Comment|Cancel|
No comments:
Post a Comment