Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 5
Pintu rumah dikatup. Dia mengeluh. Beg sukan diheret menaiki tangga menuju biliknya. Pintu bilik ditutup. Ahhh...! Penat! Remote pendingin hawa dicapai dan butang on ditekan. Kaca mata Prada diletakkan di atas dressing table, visor diletakkan di penyangkutnya dan serta merta tubuh dihempaskan ke katil king sizenya.
Kalau diikutkan hati, memang malas dia hendak menghadiri majlis makan malam ini. Sony Ericsson W960i membunyikan lagu I Kissed A Girl. Dicapai telefon bimbit berwarna purple itu dan skrin dilihat. Ibu?
“Ibu, Tia dah kat rumah la...” ujar Tia sebaik sahaja butang Answer ditekan. Sejurus selepas itu, muncul Puan Dorheen yang mengenakan robe merah, menapak ke biliknya. Tia cuma merenung ibunya yang berketurunan Filipina itu. “I thought you were still with Aizel. Ibu tak perasan pulak Tia dah balik. Takut Tia tak sempat nak bersiap. Ni kenapa belum mandi lagi ni, sayang?”
“Aizel? Macam mana ibu tahu Tia dengan Aizel?”
“Nia yang bagitau!” ucap Tania saat dia masuk ke kamar kakaknya. Tia menjeling Tania. Budak kecik ni, mulut bocor betul!
“Dah, you two. Nia go get ready. Tia, pergi mandi cepat! Ayah cakap we’re going around 7.00 okay?” bagitau Puan Dorheen kepada dua orang anak gadisnya. Mereka akur.
Usai membersihkan badan, Tia menuju ke walk-in closet yang bersambung dengan bilik airnya. Ibunya sudah berpesan agar mengenakan dress yang simple kerana majlis itu hanyalah majlis semi-formal.
Akhirnya, sepasang dress separas buku lali dengan potongan halter dam empire dari koleksi Penelope and Monica Cruz for Mango menjadi pilihan. Rambut coklat separas pinggang yang mengurai sekadar diikat satu. Solekan pun minimal. Sepasang sling back stiletto menjadi pilihan bagi menghiasi kakinya malam itu.
~
“Izaac, you’re not going to wear that to the dinner party are you?” ujar Puan Zarine saat dia melangkah ke bilik anak bujang bongsunya itu. Direnungnya anaknya yang mengenakan sepasang kemeja T tanpa kolar dan bermuda.
“Erm. I was thinking of not going,” ucap Aizel perlahan. Wajah mamanya yang berketurunan orang putih yang telah siap berdandan itu direnung.
Puan Zarine mengeluh. Dilabuhkan punggung di sebelah anaknya itu. Diusap rambut Aizel yang coklat keemasan itu. “Zaac, you have to go. Daddy insist Zaac pergi. Dia perlu perkenalkan Zaac pada semua orang. Macam Hans,” ujar Puan Zarine, menyebut nama anak lelaki sulungnya, Hans Azier Maliqamal.
Lazimnya, ketika Azier berada di Malaysia, hanya Azier yang akan bersama dia dan suaminya menghadiri jamuan seperti ini. Aizel pula lebih selesa berada di rumah kerana baginya, event seperti itu membosankan. Aizel akan ikut kecuali setelah dipaksa beberapa kali.
Akhirnya, dia mengalah. Aizel menuju ke almari. Puan Zarine mengikutnya di belakang. “So, mama. What do you reckon I’ll wear?” ujar Aizel saat berdiri di hadapan almari yang ternganga luas. Puan Zarine tersenyum. Pantas dia menuju ke almari dan membelek-belek baju yang tergantung di almari.
“Wear this,” ucap Puan Zarine dengan slanga British seraya menghulurkan baju kemeja dan seluar slack. Aizel berlalu ke bilik air. Seketika kemudian, Aizel muncul, kelihatan segak. Rambutnya pula digayakan ala Pete Wentz. Oh Fall Out Boy freak.
“Now, that’s better. Go wait for Daddy and I downstairs will you darling?” Puan Zarine tersenyum dan berlalu ke biliknya.
~
Dinner tersebut di langsungkan di vila Tan Sri Zaine yang juga merupakan bapa kepada Tuan Tarmizi sekaligus datuk kepada Tia dan Tania. Saat Jaguar berwarna hitam berhenti di driveway, Tuan Tarmizi, Puan Dorheen, Tia dan Tania disambut mesra oleh pembantu rumah yang sudah sedia maklum dan terbiasa dengan kehadiran mereka.
“Good night Papi!” sapa Tania manja dan mesra pada Tan Sri Zaine yang sedang duduk di ruang tamu. Tan Sri Zaine tertawa dengan keletah cucunya itu. “Hey Papi,” ucap Tia selamba.
“Hello my angels. How was school?” tanya Tan Sri Zaine. Tia dan Tania mengambil tempat di sebelah datuk mereka.
“School is alright. Tapi, Papi punya cerita mesi lagi best! Macam mana dengan honeymoon dengan Mami kat Milan?” usik Tania. Tan Sri Zaine tertawa.
“Nia, Papi kamu tu, tidur aje kerja dia. Mami nak shopping pun terpaksa pergi sorang-sorang,” sampuk Puan Sri Deeba yang baru sahaja menapak ke ruang tamu dari ruang patio.
Setengah jam berlalu. Vila tersebut semakin dibanjiri tetamu. Terdapat banyak juga mereka yang dikenali serta mereka yang turut menuntut di BRP High yang datang bersama ibu bapa mereka. Izry, Atiq, Aviana dan Fyns pun turut serta.
Mereka semua berada di patio. Menunggu makan malam yang akan dihidangkan pada pukul 8 malam. “Are all the guests here already Mami? Tia lapar la,” bisik Tia pada neneknya. Perut gadis itu sudah sekian lama berkeroncong. Puan Sri Deeba tertawa kecil. Lantas dipeluk tubuh Tia. “Belum lagi sayang. Ada sorang lagi,” balas Puan Sri Deeba.
“Speaking of the devil, there they are! Morshidi and Zarine. I see they brought their youngest son along,” ucap Puan Myla, mama Atiq, seraya menuding ke arah pintu utama vila.
Puan Sri Deeba yang membelakangi pintu, berpaling. Tia turut mengikut langkah neneknya itu. Saat dia menoleh, jantungnya seakan erhenti dan terjatuh dari tempatnya.
Itu dia. Insan yang berdiri segak di sebelah Tuan Morshidi sedang melemparkan senyuman menawannya pada semua insan yang berada di situ. Segak mengenakan slack hitam dan long sleeve Zara berwarna biru tua. Dari tempat Tia berdiri dia sudah dapat menangkan sinar mata hijau yang menusuk itu.
Alahai...jatuh iman.
“Hello darlings,” sapa Puan Zarine seraya mengucup kedua belah pipi Puan Sri Deeba, Puan Dorheen, Puan Sheeda dan Puan Myla. Pekat sahaja slang Britishnya. Patut pun budak Aizel tu handsome. Mak dengan bapak dia good looking sakan gak. Komen Tia dalam hati.
Tanpa disedari, lengan Tia digamit oleh Fyns, Aviana dan Tania sekaligus. “What is he doing here?” serentak ayat itu keluar dari mulut mereka bertiga. Mata mereka berempat mengikut langkah Aizel yang menuju ke arah Izry dan Atiq.
“He’s so hot,” ucap Tania secara tiba-tiba. Tia, Fyns dan Aviana merenungnya. “What? It’s true! You can’t deny it,” balas Tania lantas berlalu.
Saat makan malam disediakan, mereka duduk di meja makan panjang di dining area rasmi vila tersebut. Surprisingly, Aizel duduk di sebelah Tia. “You look pretty,” bisik Aizel kepadanya. Merona wajah Tia saat terdengar kata-kata Aizel itu.
Usai makan malam, rata-rata anak kepada hadirin sudah melepak di ruang patio di mana drinks and dessert dihidangkan. Tia memilih cranberry cocktail serta chocolate fudge and peach cake untuk dinikmati. Lantas kedua-dua hidangan tersebut dibawa ke pangkin tidak jauh dari kolam renang.
Dasar kolam direnung. Di hujung sana, Atiq dan Aviana sedang bermesra. Izry dan Fyns turut sama begitu. Hanya...Dia seorang. Tapi, bukan bermakna dia perlukan sesiapa.
Single rocks and hot!
“Tengok apa tu?” lamunan Tia terhenti saat Aizel menegur. Tia mendongak pada Aizel yang sedang berdiri di hadapannya. Tepat ke arah mata hijau yang merenung tajam ke arahnya.
“Nothing,” jawab Tia pendek seraya menyuapkan kek ke dalam mulutnya. “So, what did you do to be here?” tanya Aizel. Dia melabuhkan punggung di sebelah Tia. Cranberry cocktail di tangan dihirup. Tia tertawa kecil. “Dude, it’s my grandfather’s party. And you’re drinking a cranberry cocktail with two cherries floating in it.”
Mata hijau Aizel membuntang. Terkejut mengetahui Tia adalah cucu kepada pemilik rangkaian perhotelan yang terkenal di ibu kota itu. “It’s a chick drink,” ujar Tia serentak mengambil sebiji ceri yang bertangkai dari gelas berbentuk martini, Aizel.
“Izaac!” panggil Tuan Morshidi. Aizel menoleh. Tuan Morshidi mengisyaratkan sudah masa untuk mereka pulang. Aizel bangkit dan mula melangkah. Selangkah, dua, langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia berpaling. “Hey, ingat janji esok,” pesannya. Tia angguk.
“And oh yeah. Seriously Tia. You look really beatiful and sexy. I like it.”
So, is single still rocking and hot? Or would you like to take it back?
No comments:
Post a Comment