Thursday, February 26, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 4

Hak Cipta Terpelihara

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.


BAB 4

Lunch hour. Masih punya masa untuk mengalas perut sebelum para lelaki harus pergi melaksanakan kewajipan mereka di hari Jumaat. Belum pun ada seorang penuntut BRP High di kafeteria, Fyns terlebih dahulu mengambil tempat duduk. Kalau pasal makan, sogok aja pada dia. Pantang kalau ditolak.

Sebuah meja yang boleh menampung sehingga 8 orang dipilih. “Kenapa ambik meja besar? Kan just the four of us?” tanya Nicole hairan. “I’ll tell you after this,” balas Tia seraya tersenyum nakal. Nicole sekadar menjungkitkan bahu.

Kafeteria mula dibanjiri penuntut sekolah elit, Bukit Rahman Putra High School. Nun di hujung sana, terlihat kelibat Atiq, Izry dan Aizel. Aviana tersenyum lebar dan melambai-lambai ke arah Atiq. Atiq melambai kembali. Pantas mereka bertiga menuju ke meja mereka. Pada masa yang sama, Tia dan Nicole baru sahaja menapak ke meja itu dengan tray di tangan. Menu hari ini, cheeseburger, fries and coleslaw. Selamba sahaja Tia mengambil tempat duduk tanpa berkata apa-apa.

“Nicole, I want you to meet Izry, my sayang. That’s Atiq, Avi punya sayang and kawan dia orang, Aizel.”

“Hey. Nicole,” ucap Nicole pendek seraya tersenyum.

“Wanna join us Aiz?” tanya Atiq saat dia meraih tangan Aviana.

“Err...you sure it’s okay?” ujar Aizel teragak-agak.

“Sure. Duduk ajelah. Jom, sayang. Let’s grab some food,” ucap Fyns lantas menarik tangan Izry. Aizel duduk. Tia tersentak apabila mendapati Aizel duduk di sebelahnya. Kunyahan Tia terhenti. Kini, hanya tinggal dia dan Aizel ahaja di meja itu. Nicole pula sudah menuju ke kaunter minuman.

Tia tidak senang duduk. Dia tahu kebanyakan mara gadis yang berada di kafeteria itu merenung tajam ke arahnya. Mana tidaknya, Marc Aizel Izaac yang sedang duduk bersamanya.

“Cheeseburger? I thought girls don’t eat that stuff,” ucap Aizel selamba. Kunyahan dihabiskan. Pantas dia menoleh ke kiri, Aizel direnung. Aizel yang sedang sibuk menekan-nekan touch screen Dopod miliknya, perasan akan renungan Tia. Telefon bimbit diletakkan di atas meja. Dia menoleh.

“Why did you say that” ucap Tia dalam nada yang kurang puas hati. Pantas, Aizel merenung anak mata coklat Tia, tajam!

Jantung Tia berdegup kencang. Renungan tajam anak mata hijau itu seakan menusuk ke kalbu. “Well, isn’t it true? Perempuan mana ada makan benda macam tu. Kena jaga badan. Kalau tak, sibuk pulak gemuk.”

Tia mengetap bibir. Wajah dipalingkan semula ke makanan di hadapannya. French fries disumbatkan ke dalam mulut. Tiba-tiba dia terasa sudah kenyang. Hish mamat ni..Spoil appetite betul! “FYI, I love food and nothing can stop me from eating. Two, sebab itu wujudnya exercise!” balas Tia. Aizel mencebik dan angguk.

“Petang ni, tennis?” tanya Aizel, cuba mengubah topik.

“Alright. I’ll wait at court two pukul 4.30 sharp!” balas Tia pendek sebelum menyambung kunyahan.

~

Tia sedang duduk di tepi court berwarna hijau sambil mengikat tali kasut RBKnya. Jam tangan Fossil dikerling. Pukul 4.35 petang. Baru lima minit berlalu namun batang hidung Aizel masih tidak kelihatan. Visor Stella McCartney diatur. Terik matahari seakan membakar kulitnya. Tia resah. Kalau Aizel lambat sampai, lambatlah mereka mula. Lambat juga dia akan sampai di rumah. Sudahlah malam ini dia harus menghadiri majlis makan malam.

Tania awal lagi sudah balik memandangkan Tia tidak akan balik selagi tidak habis sesi bersama Aizel. Tia menapak ke arah gym bag Lesportsac miliknya dan dikeluarkan telefon bimbit. Dicari nombor Aizel.

Sebentar kemudian, terdengar lagu Sexy Can I bergema di ruang legar gelanggang tenis yang sunyi itu. “I’m here,” laung Aizel dari luar pagar gelanggang. Beg galas Quiksilver tersandang di bahu kiri.

“You’re late,” ucap Tia tegas.

“Sorry, but I’m ready to play,” ujar Aizel seraya mengeluarkan raket tenis kesayangannya. “Okay,” kata Tia lantas mengambil bola tenis dari bakul. Tangan kanannya menjinjit raketnya.

Sejam berlalu. Tubuh masing-masing sudah dibasahi peluh. Masing-masing kepenatan. Aizel dan Tia menuju ke bangku di sisi court dan melabuhkan punggung. Gatorade diteguk rakus.

Tia merenung jam tangannya. Pukul 5.45 petang. Masih punya masa untuk dia memandu pulang dan bersiap untuk dinner tersebut. “Kenapa asyik tengok jam? Rushing?”

“Err...I have to go by six. Ada dinner tonight I have to attend with my parents.”

“Oh. Okay. Don’t let me keep you. You can go,” balas Aizel, mengesat peluh di dahi.

“Thanks,” ujar Tia seraya menyandang sports bag ke baha. Kaca mata hitam Prada diletakkan di kepala. Selangkah, dua dia melangkah menuju ke arah Audi yang diparkir tidak jauh dari situ. Di sebelah Audi, terparkir BMW X5 berwarna hitam.

“Hey, wait!” laung Aizel, berlari-lari anak ke arah Tia. Langkah Tia terhenti. Apabila Aizel sudah menyaingi, mereka berjalan beriringan. “About upah awak tu...” ujar Aizel tiba-tiba. Tubuhnya disandarkan pada kereta kesayangannya. Tia tersenyum. “It’s okay. Tak perlu. Saya gurau aje tu,” balas Tia.

Aizel menggeleng. Bibir pinknya membentuk senyuman. “Nope. I promised. Esok saya bayar. Get ready, saya ambik awak kat rumah pukul 2. Okey tak?”

Tia hairan. “What for? And do you know where my house is?”

“You’ll be surprised.”

No comments:

Post a Comment