Thursday, February 26, 2009

CIKLET: FOREPLAY Chapter 3

Hak Cipta Terpelihara

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.


BAB 3

Jumaat. Hari yang paling bahagia bagi semua penuntut BRP High. Kelas pada hari itu lazimnya akan bermula pada pukul 8 sehingga pukul 11. Mereka akan bersurai untuk rehat tengah hari dan untuk membenarkan pelajar Islam menunaikan solat Jumaat sebelum bermula semula pada pukul 2.30 dan tamat pada pukul 3.45 petang. Pendek kata, berbeza dengan hari lain, semua kelas are cut short!

Pagi lagi Tia sudah menapak ke perkarangan BRP High. Sebagai menghormati hari Jumaat, pakaian seragam yang ditetapkan pihak pentadbiran sekolah pada hari tersebut adalah baju kurung putih dan kain berwarna kelabu untuk pelajar perempuan Muslim manakala baju Melayu serta samping berwarna kelabu. Berbeza dengan uniform dengan hari lain, pleated skirt berwarna kelabu serta kemeja dan vest rasmi BRP High bagi pelajar perempuan dan slacks panjang berwarna kelabu bagi pelajar lelaki.

Seperti biasa, Tia melepak di cafeteria BRP sambil menghirup hot chocolate catered by Starbucks. Surat khabar The Star dibelek. Itulah rutin Tia setiap pagi tidak mengira hari apa pun. Sudah terbiasa dengan habit ayahnya di rumah, terpengaruh pula Tia.

“Morning,” tegur satu suara lembut. Seketika kemudian, terdengar bunyi kerusi di hadapannya ditarik. Perhatian dialih dari The Star ke tuan empunya suara.

Dup!

Tersentak Tia saat melihat Aizel duduk di hadapannya, kelihatan segak dan menawan berbaju Melayu. Lidah Tia tiba-tiba menjadi kelu.

“Err...morning,” akhirnya keluar jua sepatah ayat itu daripada bibir mungil Tia.

Suatu senyuman terlakar pada bibir pink itu. Jantung Tia seakan berdetak. Ish...apa pulak ni? Gumam Tia dalam hati. “Thanks cuz nak tolong saya. I really appreciate it,” ucap Aizel perlahan. “It’s alright,” balas Tia.

“Anyway, cantik awak pakai baju kurung. Can’t believe we never hang out together sebelum ni. And I didn’t notice you all these while!”

“Ah? Thanks. You don’t look too bad yourself.”

Selepas Tia mengatakan itu, pantas Aizel bangkit menuju ke kaunter Starbucks. “Morninggggg!!!” ujar Aviana ceria. Di sebelahnya, Atiq yang memimpin tangannya. Tidak jauh di belakang Fyns. Surprisingly without Izry.

“Hey,” balas Tia pendek.

“Ooohh....Ada orang pagi-pagi lagi dah date. Dengan Aizel pulak tu!” usik Aviana. Tia mencebik. “Avi, bukan date okey? Just small talk. Lagipun, coach dengan student perlu lah bonding kan?”

“Dia coach kau ke?” tanya Fyns. Tia geleng. “Eh, kalau kau jadi coach dia, apa jadi dengan Russian coach dia tu?” sambung Fyns lagi. Tia jungkit bahu.

“Izry mana?” tanya Tia, sekadar ingin mengubah hala tuju perbualan mereka. Fyns menuding ke arah kaunter Starbucks. Izry sedang berdiri di sebelah Aizel, menunggu pesanan mereka.

“Oh...”

~

Loceng pertama berbunyi menandakan kelas baru sahaja bermula. Tiba-tiba, seorang remaja with a Chinese look masuk ke kelas mereka lengkap berpakaian seragam. Budak baru? Oh, you’ll be surprised.

“Okay boys and girls, today we will welcome a new friend who just transferred from Japan. Please introduce yourself,” ujar Mrs M, guru homeroom mereka.

“Err...hi. I’m Nicole Zameera Davidson. Just call me Nic. I’m actually a Malaysian, so feel free to speak Malay to me. And, uh..I’m looking forward to a great year!” ucap Nicole.

“Thank you Miss Davidson. Please take your seat beside Ilys Aviana please,” sambung Mrs M.

Tia yang sedang sibuk menyiapkan laptop Macbook Air miliknya langsung tidak peduli. Tiba-tiba bahunya dicuit oleh Fyns. “Apa?” tanya Tia hairan. “The new girl.”

“Yeah, pesal dengan dia?”

“It’s Nicole!”

“Who?”

“Alah...Nicole Davidson. Classmate kita orang time 7th grade dulu yang pindah ke Amerika.”

Tia cuba mengingati zaman mereka di bangku persekolahan di Prudence International Elementary School. “You mean THE Nicole?” jawab Tia akhirnya.

Fyns angguk. Matanya membulat. “Oh my God!” ujar Tia hampir menjerit. Pantas dicuitnya bahu Nicole yang duduk di hadapannya. “Nic? Remember me?” tanya Tia. Lama Nicole merenungnya. “Wait. You’re Tatiana right? And you’re Fedora? Oh my God! I never thought I could ever see you guys again!”

Terimbau semula kenangan mereka di sekolah rendah apabila Nicole terpaksa mengikut ayahnya, Richard Davidson yang merupakan seorang producer muzik dan filem ke Los Angeles, California. Kali terakhir Nicole mengirim berita adalah ketika mereka berada di Gred 9 sebelum dia berpindah ke Jepun.

“So, how was Japan?” tanya Fyns. Nicole senyum.

“I’ll tell you all over lunch,” balas Nicole.

“In the meantime, meet Aviana. Call her Avi. She’s with us!” perkenal Tia. Tangan dihulur dan dijabat mesra. Maka, kelas pun bermula.

~~

Nun di hujung blok, pelajar aliran antarabangsa Bukit Rahman Putra High yang berada di Gred 12 atau Senior year, tekun mendengar penjelasan guru di hadapan sambil menaip nota di komputer riba masing-masing.

Aizel pula sekadar berpura-pura mengambil perhatian. World History bukanlah subjek kegemarannya. Pantas sahaja jemarinya menekan papan kekunci untuk log on ke sebuah website. Untung sahaja BRP mempunyai wireless connection di sekitar kampus.

DingIt.com

Home.Profile.Contacts.Groups.Blogs.Bulletin.Messages.Music.Video.Surf.Settings.Help

Tia Tarmizi

17, single

Mont’ Kiara

BRP High

More...

Tia is living it!

Pictures-Videos-Comments-Reviews-Blogs-My Contacts-Groups-Fans-Send Message-Nudge

Favourites

Movies/TV: step up, game plan, sex and the city, gossip girl, grey’s anatomy

Music: rnb, rock, dance

Interests: all the girls best friend with

Smoke: no

Drink: occasionally

Orientation: straight

About Me:

I sometimes have either OCD or ADD. I love having people around me. I like travelling. I find neon colours are distacting but at the same time attractive. I love shoes. I plan to be a pro tennis player. That’s it.

I Want To Meet:

Beautiful, awesome, crazy, friendly people. Like me!

COMMENTS

Hey, it’s the middle of world history.

And it’s F bored.

Anyway, thnx for the add. And the coach thing.

Add comment|Cancel

Ehem, Mr Marc?” tersentak dan terpinga-pinga Aizel saat namanya disebut Mr Spencer. “Yes sir?” jawabnya. “You are sitting for your O-Levels this year and I expect full attention in my class,” tegas Mr Spencer. Aizel sekadar mengangguk.

Kemudian, pantas jemari Aizel menari di hadapan papan kekunci, membuka aplikasi Skype. Rata-rata pelajar BRP High yang berada di dalam contacts listnya online.

DING!

Izry.Eizlan:

Pesal tu?

Aizel.Izaac:

Biasalah. World hstory SUCKS.

Izry.Eizlan:

Heh. Kla. Chow.

DING!

Aizel.Izaac:

Hey. Bz?

Tialiselle:

Hmm? Not so.

Aizel.Izaac:

Korg period apa skrg eh?

Ours is world hstry.

Dmn boring. xD

Tialiselle:

Haha! Really? Skrg bm la~

Huhu. Hey, p.ana walkg arnd la.

C ya 8 lnch?

Aizel.Izaac:

Yeah.sre.

No comments:

Post a Comment