Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
PROLOG
Naluri antara kita terikat bila tercipta
Cinta, sayang, rindu munculnya tak sengaja
Aturcara bermula dari pandangan pertama
Lamaran cinta, lafaznya kata dari hati
Adakah cincin kan ku sarung ke jari manismu, bidadari
Kan ku kejari mimpi kan sehidup semati
Ke akhir nafasku ini
Kerna cinta
Kerna sayang
Timbul dan tengelam
Surut dan pasang
Kerna cinta
Pantas dia menoleh mencari gerangan empunya suara yang merdu. Tiada. Yang ada cumalah kegelapan kepekatan malam. Seketika kemudian, muncul sesusuk bayang-bayang. Tubuh itu hanya diterangi sebatang lilin. Dikerling tangan kanan tubuh itu. Sejambak mawar berwarna peach. Dia terharu. Dialah yang dinanti selama ini.
BAB 1
“Tia!” laung Fyns dari luar pagar hijau gelanggang tenis. Tia yang sedang duduk serta meneguk Gatorade sejuk itu menoleh. “Ya..apa kau nak? Kau ni, kalau tak jerit tak boleh ke?” ujar Tia lemah. Penat! Pantas sahaja Fyns menapak ke dalam gelanggang tersebut dan melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Tia.
“Tak,” balas Fyns selamba. Tia mencebik. Fyns tersengih.
“Teman aku boleh?” ujar Fyns tanpa berselindung . Tia mengeluh. Peluh dikesat dengan tuala yang disangkut di bahu.
“Kau nak apa lagi Fyns?”
“Nak tengok Izry main futsal,” ujar Fyns dalam nada memujuk. Terbeliak mata Tia mendengar permintaan rakannya. Bukan terkejut. Malah, sudah muak. Masakan untuk jumpa Izry pun nak Tia teman. Almaklumlah orang yang tengah mabuk dilanda kasmaran. Kalau tak jumpa boleh masuk ICU lagaknya. “Iyalah..Jom!” pantas Tia bangkit dan menarik tangan Fyns menuju ke gelanggang futsal.
Sampai di gelanggang, mereka berdua mengambil tempat duduk di bangku hadapan sekali. The best view. Fyns girang menyorak pacarnya. Tia pula kurang minat pada futsal. Nak cuci mata pun malas. Iyalah..muka mamat ni semua dah boleh dihafal walaupun tidak berapa tahu nama mereka.
Pantas sahaja Tia mengeluarkan PSP Slim dari sports bagnya dan jemarinya pantas sahaja menekan-nekan butang pada alat permainan video itu. Di telinganya pula, disumbatkan ear phones. Malas nak peduli!
“Oi! Get that thing out of your ears! Game dah habis dah...” ucap Fyns sambil menampar bahu Tia. Serta merta Fyns bangkit apabila melihat Izry melangkah ke arahnya. Buah hati pengarang jantung katakan.
“Hey Baby. Hey Tia,” tegur Izry ceria. Peluh merenik di dahi dan kulit putih susuya. Padan dengan Fyns yang turut mempunyai rona kulit yang sama.
“Hey,” balas Tia lemah. Nasib badan dia yang single ni...Tapi, kawan tetap kawan. Lantak ajelahhh...!
Nun di hujung sana. Sepasang mata greyish0green merenung ke arah Tia. Tia menoleh. Menangkap sepasang mata yang merenungnya penuh tekun. Tia menjeling. Tia tahu lelaki itu pelajar Senior ataupun Gred 12 di Bukit Rahman Putra High. Sama dengan Izry.
“Iz, tu budak tu. Siapa dia?” ujar Tia seraya memuncungkan bibirnya pada si dia yang sedang meneguk air mineral Perrier. “Siapa?” sampuk Fyns. Izry pula menayangkan muka selamba.
“Tu...yang macam mat salleh tu.”
“Oh...Tu! Mat salleh celup tu?” tanya Izry untuk kepastian. Tia sekadar angguk. Tah celup ke tidak.
“Tu Aizel. Takkan tak kenal kot? Semua budak perempuan patut kenal dia,” jawab Izry.
“Aizel? Iye ke? Apa aku tak kenal?” ujar Tia. Izry cebik.
“Hai!” terdengar pula suara seorang gadis yang ceria menyapa mereka. Tia menoleh. Oh...Avi rupanya. “Mana laki kau?” sindir Tia tatkala Aviana sudah berada di sebelahnya. Aviana sekadar tersengih. “Kafe,” jawab gadis itu pendek sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Fyns.
“Hey,” tegur seseorang di belakang Tia. Kali ini, suara itu kedengaran asing pada gegendang telinganya. “Hey Aizel,” balas Izry mesra. Pantas Tia memutarkan tubuhnya. Ya, jejaka bermata dirty green itu sedang berdiri di hadapannya. Tia dapat melihat setiap ciri-ciri Aizel dengan terperinci.
Tinggi lampai, kulit putih mulus dan rambut yang berwarna coklat keperangan. Tidak cukup dengan itu, bibirnya yang berwarna merah jambu. Dan walaupun dia kurus, dadanya tetap bidang. Tinggi pulak mamat ni. Bisih Tia di dalam hati. Tia hanyalah setinggi dagunya. Yang penting mata itu. Walaupun bermata sepet, kilauan mata hijau itu amat terserlah dan.....menggoda.
“Pesal kau Tia?” tanya Izry lantas memecahkan lamunan Tia. Terasa bodoh pula kerana memerhati Aizel sebegitu rupa. Pantas dia mengutip barangnya dan menyandang sports bagnya. “Kau nak pergi mana Tia?” tanya Aviana.
“Baliklah...Nia pun dah habis practice tu kot,” balas Tia. “Rileks la dulu..Kecoh la kau ni,” sampuk Fyns lagi.
“Aku dah janji dengan mak aku la wei,” jawab Tia lagi lantas berlalu pergi.
~
Sepuluh minit dia sudah bersandar pada Audi TT coupe yang dihadiahkan sempena hari jadinya ke-16, menanti kelibat Tania yang tidak kunjung tiba. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia meninggalkan adiknya di situ sahaja. Paling benci jika terpaksa menghadapi traffic jam jika mereka lambat nanti.
“Hai...” tegur suara itu. Tia menoleh. Aizel.
“Urm...Hai! Cari Izry ke? Baik awak cari Fyns. You’ll surely find him!” balas Tia selambaa. Aizel tergelak dan menggeleng. Dia tampak santai dengan flip flop tersarung di kaki dan beg disandang di bahu. Baju yang digunakan untuk bermain futsal masih lencun dibasahi peluh dan belum ditanggalkan.
“Saya cari awak. Awak Tia kan?” Tia hairan. Namun, dia angguk. Nun di hujung sana, Tania mula menapak ke arahnya. Aizel turut perasan dan menoleh.
“Urm. Tak apalah. May I have your number? I’ll explain it to you over the phone,” ujar Aizel. Dihulurnya telefon bimbit Dopod miliknya. Pantas Tia menekan kekunci untuk memprogramkan nombor telefon bimbitnya.
“Okay, thanks! See you later!” ucap Aizel setelah Tia menghulurkan semula telefon bimbitnya. Lantas dia berlalu.
Menyedari Tania sudah menunggu di dalam kereta, Tia masuk ke dalam kereta kesayangannya dan menghidupkan enjin. Seketika kemudian, terlihat Aizel melintasi mereka, memandu BMW X5 miliknya dan melambai.
“Ate (Kakak)! That’s Marc Aizel Izaac!” jerit Tania sebaik sahaja mereka keluar dari perkarangan BRP High. Tia sekadar mendiamkan diri. Meneruskan konsentrasi pada pemanduannya.
“So? It’s just Aizel. Apa yang big deal sangat about dia? Kecoh la Nia ni.”
“Ate! Marc Aizel Izaac IS a big deal. He’s like the most wanted guy kat BRP tau,” tekan Tania lagi, tidak puas hati dengan alasan kakaknya. Malas untuk berbalah, Tia sekadar menjungkitkan bahunya dan meneruskan pemanduan. Namun, jauh di sudut minda, dia turut tertanya-tanya apa yang Aizel mahukan daripadanya.
Coupe maroon berhenti di lampu isyarat dan serentak dengan itu, telefon bimbit Sony Ericsson milik Tia berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk.
Hey thr.
Jz 2 tell u tis is my nmbr.
I’ll call u l8er.
-Aizel.
“Ate tipu Nia!” jerit Tania saat dia usai membaca mesej di dalam telefon bimbit kakaknya yang sengaja diletakkan di atas dashboard. “Apa lagi ni Nia?” balas Tia. “Ni!” ujar Tania menunjukkan mesej tersebut.
Kelu lidah Tia untuk berkata-kata saat dia membaca pesanan ringkas tersebut. Pantas di save nombor itu dalam memori telefon bimbitnya.
No comments:
Post a Comment