Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran semula atau ditukar dalam apa jua bentuk atau dengan alat apa pun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.
Watak-watak yang terdapat dalam novel ini adalah hasil karya kreatif penulis semata-mata. Ia tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
BAB 7
Suatu lagi hari yang baru untuk ditempuh di Bukit Rahman Putra International High School. Pada pukul 7 pagi lagi, tempat letak kereta pelajar di belakang kampus sudah mula dipenuhi pelbagai jenis kenderaan.
Fyns yang baru sahaja tiba, memandu masuk Nissan Skyline berwarna hitam miliknya. Seperti biasa, spacenya terletak di antara Audi milik Tia dan BMW Z4 milik Aviana. Fyns juga perasan kehadiran Land Rover purple yang diparkir di sebelah Audi maroon. Mesti Nicole punya!
Fyns melangkah keluar. Beg sandang Bally disandang ke bahu dan fail leather Coach dibimbit. Jantungnya mula berdebar saat dia melihat ke arah pintu pagar kecil untuk masuk ke kawasan kampus. Di situ, dia berdiri. Fyns terasa ingin berpatah balik dan lari. Namun, kakinya terasa kaku.
Atiq - surprisingly without Aviana – Aizel dan akhirnya Izry yang sedang berbual-bual di sana. Fyns menarik nafas dalam-dalam. Dia harus menempuhinya! Langkah dipercepatkan. Belum sempat pun tubuhnya membolosi pintu pagar itu, langkahnya terhenti. Lengannya telahpun diraih. Mata dipejam.
“Wait,” dekat sahaja bunyi suara itu di cuping telinganya.
“Look at me, Fedora!” pinta insan itu lagi. Fyns tahu itu Izry. Hanya Izry seorang yang enggan memanggilnya Fyns. Fedora adalah satu nama yang unik. Tidak sepatutnya dipendekkan.
“I’m sorry,” balas Fyns pendek seraya merentap tangannya dari genggaman Izry. Akhirnya langkah diteruskan dengan air mata yang berlinang.
~
Aizel tidak senang duduk melihat perangai Izry yang sejak tadi asyik termenung dan...pelik. Nasib sahaja period pertama adalah kelas Maths. Guru pula sedang sibuk menerangkan konsep Calculus. “Woi Izry,” tegur Aizel, berbisik, seraya menepk bahu Izry yang duduk di sebelahnya. Izry bagaikan tersentak.
“Pesal dengan kau ni?” tanya Aizel. Izry mengeluh. Kemudian dia menggeleng. Sungguh pelik.
“Hey, kalau kau ada problem, kau cerita ajelah. We’ve been friends like forever la Iz.”
“Aku dah clash dengan Fedora la, Aiz,” luah Izry akhirnya.
“What? A hot girl like that and you broke up. You screwed up, mate!” ujar Aizel terkejut. Pantas dia menoleh saat bahunya dicuit Atiq.
“Kenapa bro?” tanya Atiq.
“This airhead broke up with Fyns.” Mata Atiq terbeliak.
“You messed it up dude. Matilah kau kali ni. Avi and Tia are gonna blow your head off. Mengamuk sakan lah dia orang karang. Jangan cakap aku tak bagitau kau okey?” balas Atiq pula. Izry mengetap bibir. Teringat janjinya pada Tia dan Aviana. Dahinya ditepuk.
“Yes, Mr Izry Zafwan?” tegur guru Matematik mereka, Mr Donovan. Izry sekadar tersenyum dan menggeleng.
Kerana di sudah berjanji pada kedua Tia dan Aviana mereka membenarkan Izry mendekati Fyns. Bukannya apa, suatu ketika dahulu, Izry cukup terkenal dengan perangainya yang kaki pancing perempuan. Kalau dah tersangkut, tidak lama selepas itu, ditinggalnya sebegitu sahaja. Tapi, dengan Fyns, tarikannya agak berbeza dari gadis BRP atau gadis manapun yang pernah dijumpainya.
“Kau rasa Tia dan Avi tau tak?” tanya Izry pada Atiq yang duduk di sebelah Aizel. Atiq sekadar menjungkitkan bahu. “I dunno. Avi tak cerita apa-apa pun kat aku last night.”
Loceng berbunyi. Pantas mereka bertiga menuju keluar sementara menunggu kelas yang seterusnya. Izry masih kelihatan murung. Lantas dikeluarkan Samsung Omnia miliknya dan ditekan speed dial one. Ya, masih nombor Fyns.
Izry mengeluh saat panggilan tidak berjawab. Telefon bimbit disimpan semual di dalam poket. “Woi, Fyns,” ujar Atiq seraya menuding ke arah Fyns yang sedang berdiri di luar tandas perempuan bersama Nicole. Sengaja Atiq menarik tangan Izry untuk melintasi kawasan itu.
“Eh, hey Atiq, Izry, Aizel!” tegur Nicole mesra. Sapaannya dibalas.
“Erm, korang kelas apa lepas ni?” tanya Nicole lagi.
“Chemistry. Lab 103,” balas Aizel. Atiq pula sedang menekan keypad Nokia 5610 Express Musicnya. Izry pula hanya terdiam kaku.
“Eh, hey there,” ujar Tia agak kaget saat dia muncul keluar dari tandas. Di belakangnya Aviana yang terlebih dahulu ‘berlari ke pangkuan’ Atiq. “Hai,” tegur Aizel mesra. Jelas sahaja sinar mata hijaunya itu. Ahh...Menawan kalbu. Sungguh menggoda. Wajahnya itu dilengkapi dengan senyuman yang menggoda. Aduh!
“Err..see you guys at lunch?” ucap Aviana sebelum berlalu.
“Definitely,” balas Atiq.
~
Tia melangkah di sisi Fyns, perasan akan kemurungan rakannya itu. Sewaktu terserempak dengan Aizel, Izry dan Atiq tadi pun, Fyns mendiamkan diri. Selalunya dialah yang banyak mengusik dan petah bercakap. Tapi, kali ini, tidak. “Hey, Fyns. Do you wanna talk about it?” ucap Tia perlahan. Aviana dan Nicole sudah jauh di hadapan. Takut terlambat untuk kelas Bahasa Inggeris mereka selepas ini.
Pertanyaan itu hanya dibalas dengan satu gelengan. “I’m okay. I don’t mind talking about it,” ujar Fyns perlahan. Nada suaranya tenang. “You sure?” tanya Tia lagi, inginkan kepastian. Fyns angguk.
Saat tiba di kelas bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Madam Steven, mereka disuruh untuk membuat essay sepanjang 500 patah perkataan. Tia mengeluh. She so hates this. Dilihatnya pula Nicole yang duduk di hadapannya. Jemari gadis itu pantas sahaja menaip di keyboard Macbook Airnya. Tia terkejut saat Sony Ericsson W960inya bergetar di dalam beg oversize Just Cavallinya.
AIZEL
U heard abt F n I?
Nun di makmal kimia, telefon bimbit Dopod milik Aizel pula bergetar di dalam seluar slacks kelabunya.
TIA
Yeah. I ada cte apa2?
AIZEL
Yes. C u @ lunch? Talk more soon.
Tcare COACH! =p
TIA
Yeah rite. U 2.
Kemudian, jari Tia menekan aplikasi skype di desktop MacAir miliknya.
DING!
Tialiselle:
Yo. Am i bothering?
Aviana_Avenue:
Nope. Writer’s block. Pesal?
Tialiselle:
Heard anything about Iz and Fy?
Aviana_Avenue:
OMG. It’s SO obvious.
Atiq bru je text aku abt it.
Hw? Y?
Tialiselle:
Idk. Fy xnk cte.
But nway, Aiz said Iz told them.
Aviana_Avenue:
Seriously?
Tialiselle:
Yearp. Dia ckp nk talk abt it ovr lunch or smthg.
Aviana_Avenue:
Great. At least we know hw to fix her.
In the mntime, smbdy is getting closeRRRR to BRP’s bchelor.
Tialiselle:
Siapa?
Aviana_Avenue:
U! Idiot. *rolls eyes*
Tialiselle:
LMAO. NOT!
~
Loceng berbunyi. Tiba masa untuk lunch. Masing-masing mula melangkah menuju ke kafeteria yang dilengkapi dengan pelbagai pilihan makan yang dicater oleh beberapa restoran seperti Starbucks, Dunkin Donuts, Dome, Nando’s, Manhattan Fish Market, Burger King, Sushi King dan berbagai lagi.
“Hey, you guys go ahead. I kena ambik barang dari locker kejap,” pesan Tia kepada yang lain. Pantas kaki dilangkahkan ke kawasan yang menempatkan locker pagi pelajar. Sampai sahaja di lockernya, dia mengambil portable hard drivenya dan dimasukkan ke dalam beg Just Cavallinya itu.
“Boo!”
“Shit!” ucap Tia di luar sedar. Pantas di menoleh. Kini, wajahnya bertentangan dengan Aizel. Hanya jarak lebih kurang dua inci memisahkan mereka.
“Gotcha!”
“Jeez, Aiz. You almost killed me!” Niat Tia ingin sahaja memarahi Aizel. Namun dek terpandang senyumannya yang memukau. Marah pun boleh cair.
“Nak stay kat sini lama lagi ke? I heard Dome’s spaghetti is almost running out,” ujar Aizel apabila Tia tidak bergerak. Lantas Tia mencebik, enggan mengaku kalah walau hakikatnya, perutnya berkeroncong.
“Jom!” ujar Aizel tidak sabar, lantas menarik tangan Tia menuju ke kafeteria.
Sampai sahaja di kafeteria, mereka melihat ianya sudah penuh. Mujur sahaja nun di suatu sudut, Izry, Atiq, Aviana, Fyns dan Nicole sudah menunggu. Pun begitu, Tia terasa kekok saat hampir semua mata dalam kafeteria itu merenung tajam ke arahnya. Saat langkah diberhentikan di hadapan meja, barulah Tia menyedari bahawa tangannya berada dalam genggaman Aizel. Jemarinya terpaut kemas antara jemari utuh Aizel.
Pantas tangan itu direntap. Aizel pula tampak tidak kisah.
“I ordered for you already. Spaghetti,” ucap Nicole seraya menolak sepinggan spaghetti ke arah Tia. Aviana pula mengenyit mata ke arahnya. Tia mencebik.
Seperti dirancang pula, Aizel disuruh duduk di sebelah Tia dan walaupun wajah Fyns masam mencuka, dia terpaksa duduk di sebelah Izry. Mujur juga di sebelah kiri Fyns ialah Tia.
“Makan apa?” tanya Tia pada Fyns, cuba untuk menutupi kegugupan. Bukannya dia gugup kerana Aizel, tapi kerana beratus pasang mata seakan menusuk tubuhnya. “Lasagna,” balas Fyns pendek. Pinggan Aizel disebelah direnung dari hujung mata. Fish and chips Manhattan Fish Market.
“Kenapa? Nak?” ucap Aizel. Tia tersentak. Perasan pulak mamat ni, gerutunya dalah hati. “No, it’s okay,” balas Tia.
Aizel merapatkan tubuhnya dengan Tia. “Actually, I was craving spaghetti. Tapi, dah habis. Care to switch? Since you haven’t even touch yours,” bisik Aizel ke telinganya. Tia menggigit bibir. Akhirnya, dia angguk.
~
“Hey, Tia!” laung Aizel dari jauh, cuba menarik perhatian Tia di hujung sana. Pelajar BRP High yang ramai melalui hallway pagi itu agak menyukarkannya untuk menggamit Tia dengan pantas. Ada sesuatu yang perlu diarrangekan. And it had to be fast!
Sudah dua bulan Tia menjadi tennis coach Aizel. Dan selama itu, setiap Sabtu dihabiskan bersama sebagai ‘gaji’ Tia. Aizel akui, selama itu, dua sudah semakin mengenali peribadi gadis itu.
Tia bukan seorang gadis yang boleh disangka melalui penampilannya. Looks can be deceiving. Tapi, Tia seorang yang simple dan mudah difahami. Pokoknya, dia seorang yang telus dan transparent. Tia seorang gadis yang dapat dijangka. Walaupun keluarganya memiliki rangkaian perhotelan 5 bintang di rantau Asia, Tia tidak malu duduk di gerai mamak atau untuk mengotorkan dirinya. Sungguh down to Earth!
Sebaik sahaja tubuh setinggi 5 kaki 11 inci itu sudah berdiri di hadapan Tia, pantas lengan gadis itu diraih. “Yes, Aiz? Nak apa?”
Aizel tersengih. “Nak something from you,” usik Aizel. Kening Tia dijungkitkan sebelah. “Haha! Funny. Cepatlah...I have Physics lepas ni,” ucap Tia.
“I want to take you out to dinner tomorrow. Wear something nice. Okay? Please.”
“Alright. We’ll see.”
~~
Aizel keseorangan di rumah pada pagi Sabtu itu. Mama dan Daddynya ke luar kota. Seperti biasa, dia akan duduk di garden bench, berhampiran dengan kolam renang. Untuk tidak menyusahkan Betty, pembantu rumah mereka, Aizel senang hanya mengalas perut dengan cereal kegemarannya. Cookie Crisp.
Not so macho for an 18 year old hunk. But, anyway...
Tiba-tiba, telefon bimbit Dopod di atas meja berbunyi. “Aiz,” ujarnya saat panggilan dijawab. “Yo bro. Nak hang out today?” terdengar suara Atiq di hujung talian. Aizel hairan.
“Atiq. Today is a Saturday,” balas Aizel.
“Yeah, so?”
“So, bukan kau selalu dengan Avi ke waktu macam ni? It’s Saturday morning man. Not Saturday NIGHT,” tekan Aizel lagi. Atiq tertawa.
“Aku tak keluar dengan my girl. She has PMS and wants to hang with the girls.”
“Oh. Alright. Kau nak aku jumpa kau kat mana?”
“My place? Izry pun nak ikut.”
~
BMW X5 dipandu masuk ke Damansara Village menuju ke arah kawasan service apartments. Sejak mereka berumur 15 tahun, Atiq Damian dan Izry Zafwan tinggal bersama di sebuah apartmen di Damansara.
Atiq mengambil keputusan untuk tinggal seorang saat ibu bapanya berhijrah ke luar negara dan dia enggan mengikut mereka. Begitu juga dengan Izry. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama.
Saat sampai di lobby service apartmen, Aizel menekan buzzer. Oleh kerana apartmen itu mempunyai tight security, hanya mereka yang mempunyai key card boleh masuk dan naik ke apartmen. “Yo, buzz me in,” ucap Aizel ke dalam buzzer.
Seketika kemudian, Atiq membuka pintu apartmennya untuk Aizel. Bukannya tidak biasa Aizel ke situ. Sudah terlalu biasa. Cuma kebelakangan ini, dia tidak punya masa untuk ke situ. Lebih-lebih lagi apabila Atiq dan Izry sibuk dengan girlfriends mereka.
Surprisingly, walaupun rumah itu dikira rumah bujang, ia masih tampak kemas. Yang cuma berselerak ialah di hadapan TB. Bekas chips dan controller Playstation 3 dan Xbox berselerak di atas karpet.
“So, nak pergi mana?” tanya Aizel seraya menghenyakkan punggung ke sofa dark brown suede dari Ikea. Remote TV dicapai dan siaran dicari. Kelibat Izry langsung tidak nampak.
“I don’t know. The Curve?” balas Atiq.
“KLCC ajela. Aku kena cari something kat sana. Ni, Izry mana. Cakap je nak ikut. Batang hidung, haram nak nampak,” rungut Aizel. Atiq yang sedang mengunyah leftover burger semalam hanya sekadar menuding ke arah bilik Izry.
Usai menyuruh Izry bersiap, Aizel melepak semula di ruang tamu bersama Atiq, menjamu mata dengan perlawanan NBA secara live itu.
“Eh, aku rasa aku nak propose Tia. What do you think?”
Atiq yang sedang penuh konsentrasi menonton perlawanan akhirnya menoleh ke arah Aizel. Wajahnya kelihatan kaget. “Kau biar betul? But then, it’s no surprise. It’s about time dah, Aiz.”